Sunday, May 17, 2009

10 Tanda Hati Mati



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda hati mati ialah :-

Kamu mengaku kenal ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.


Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.


Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.


Kamu memakan nikmat-nikmat ALlah s.w.t., tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberianNya.


Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu mengikutinya.


Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkanya.


Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.


Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kamu masih tidak bersedia untunya.


Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.


Kamu menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudaramu seislam, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.



Wahai hati ada dalam diri aku ni..ketahui lah bahawa engko ni makhluk..Kalo engko yang kat dalam tu sakit maka yang kat luar ni pun mesti jadi sakit..Engko adalah raja bagi anggota aku..

Jadi aku tak salahkan engko kalo luar dalam aku sakit,ni semua salah aku coz tak usahakan penyembuhnya..



p/s : sapa suruh tak usaha..

3 comments:

  1. salam ya akhi..
    ana minta izin nk copy paste entry akhi boleh?

    ReplyDelete
  2. W'salam..

    Sila la amik..aku pun copy dr org punya..
    Sebar2 kan la moga ilmu yg bermanfaat ni dpt di amalkan oleh seluruh umat..

    Ameenn..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete