Bertahun tahun kerja mengadap benda yang sama menyebabkan aku dah mula rasa lemau..Rasa nak resign hari gak pun ade..Mana tak nya ofis aku ni tempat nya hidayat betul..Dgn masalah pergaulan nya,bab aurat nya dan mcm2 lagi la..
Bkn la aku tak bersyukur dgn kerja yang ade,tapi sebenarnya aku dah bare in mind yang kerja aku ni just asbab aje..Yang bagi rezeki tetap Allah..Ni la yang hari-hari aku pesan dalam diri aku..
Since Allah dah pilih dan muliakan aku dengan kerja dakwah ni (thanks to you Allah) aku semakin rajin menelaah buku-buku/web2/blog2 agama..Kalau time lagho dulu jgn harap la..Antara buku yang aku rajin nak baca adalah karangan Ustaz Zaharuddin yg menyentuh mengenai fiqh muammalat..
Ni pemandangan dalam ofis aku..Ni la department jantung kpd syarikat..Treasury
Aku nak citer kat korang semua bahawa banyak nya unsur jual beli yang menyalahi hukum syarak yang kita terlibat sama ada mengetahui atau buat-buat tak tau mengenai nya..
Riba ni bukan kata bermula pada peringkat perbankan akan tetapi ia boleh bermula dari rumah lagi..Sebagai contoh kalau kita hantar makanan ke rumah jiran kita pastu siap pesan kat jiran kita "nanti pulangkan mangkuk tu pandai-pandai la isi yer"..Itu pun dah di kira riba..riba kategori ape aku dah tak ingat..Aku guarantee la ramai org kat luar sana belum betul-betul amik berat urusan jual beli nih..Aku syor kan nkorang rajin-rajin la melawat ke http://www.zaharuddin.net/ ,memang banyak info pasal bab muammalat ni..
Aku ni yang sendiri makan gaji dengan bank tak sanggup nak keje lagi dah..Pasal dah tau hukum..Mana datangnya income utama bank ni?Haa lu pikir dengan org lain sekali..Jangan pikir sendiri coz Nabi s.a.w. suruh buat ape benda pun secara jemaah..
So skang aku dah mula mengorak langkah untuk mencari keperluan selain dari berkhidmat di sektor perbankan ni..Aku plan nak buat kerja kampung je la,bercucuk tanam ker,menternak binatang ker or ape sahaja asal pendapatan aku takde unsur syubahat..
Weeii memang la keje bank ni glamour beb,ade staff benefit,ade esos,ade yearly increment and macam-maacm ada,tapi aku peduli ape semua tu!Abis tu hak Allah dan Rasul mana nak campak?!(aku cuba berdialog dengan diri aku sendiri)..
Mujahadah ni beb..Ya Allah Engkau bantu lah aku mencari keperluan yang lebih baik dari ape yang ade skarang nih..
To Be Continue..(Kalo aku rasa nak continue la)
Serabut dah aku nih..
No comments:
Post a Comment