Sunday, May 31, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 (Karkuzari)

Assalamualaikum..

Laporan terkini Ijtimak 2009.
Bertarikh 30/05/09 dan 31/05/09 telah berlangsung satu Jhor kecil yg di hadiri lebih kurang 3500 orang khusus untuk memberi taklimat kepada semua jemaah yg terlibat untuk khidmat pd hari Ijtimak 2009 nanti..Jemaah yg hadir dari seluruh Malaysia ini termasuk warga Indon,Myanmar,Pakistan,Bangladesh,India dll yg menetap di Malaysia ini telah di berikan kerja khidmat masing2..

Beberapa jemaah telah di bentuk antaranya Jemaah Estekbal,Qitar Wali Jamaat,Ta'am,Security,Parking,Tandas,Iklan,Maintainance Elec,Journawala,Hidangan dan byk lg jemaah kecil bagi melancarkan perjalanan Ijtimak 2009 yg hanya berlangsung sejak 28 tahun yg lalu(masa tu aku ingat umur aku baru setahun kot)..Lps ni belum tentu aku hidup untuk berjumpa Ijtimak yg akan dtg..

Tashkil :
Untuk pengetahuan tuan2 medan Ijtimak sgt2 memerlukan org khidmat tak kira samada tuan pernah keluar khuruj bersama jemaah dakwah/tabligh atau tidak..Tuan2 yg mulia niat dan berazam la untuk jd asbab agar org lain dpt keluar di jln Allah..Antaranya melalui kerja khidmat ini..Seluruh pahala org keluar jln Allah juga org khidmat akan peroleh..Melalui amalan khidmat ini la buku amalan catatan kita akan terus terbuka hingga ke hari Qiamat..Itu baru khidmat..Belum door to door lagi..Ameenn Insyallah..

Karkuzari Jemaah Khidmat Taam/Tashkil :
Untuk pengetahuan tuan2 Khidmat Taam Umum memerlukan manpower seramai 1500 org untuk menjayakan Ijtimak ini..Buat masa ini ketika Jhor pada 30/05/09 dan 31/05/09 jumlah org khidmat taam umum cuma ada sekitar 130 org sahaja..tuan2 yg sedia untuk khidmat taam boleh la terus dtg ke khemah khidmat taam dan beri nama kpd org tanggungjwb di pintu masuk utama khemah khidmat taam..

Tuan2 yg mulia berikut pecahan kerja dlm khidmat taam ini nanti :

Tugas masak nasi perlu kpd 360 org tukang masak
Tugas masak lauk perlu kpd 300 0rg tukang masak
Tugas parut kelapa perlu kpd 120 orang
Tugas penghidang makanan 120 orang
Tugas penyediaan minuman 160 orang

Seandainya tuan2 mampu membawa lebih ramai org maka boleh di gunakan untuk tujuan standby atau kerja boleh di laksanakan dlm sistem syif..

Peringatan!!! : Tuan2 yg sudah sedia ataupun baru bg azam utk tugas khidmat taam (nasi,lauk,air dll mengenai makanan) adalah di nasihat kan pergi kemana mana hospital kerajaan atau klinik swasta dan dptkan suntikan utk pengendalian makanan iaitu TY2 Injection .Kos suntikan hospital/klinik kerajaan adalah sekitar RM 20.Kos bg klinik swasta sekitar RM 35 ke RM 100 shj.Sila simpan resit suntikan tersebut dan apabila di minta oleh Amir Khidmat Taam Ijtimak maka boleh la serah resit tersebut..Suntikan tersebut akan kekal selama tiga tahun..

Medan Ijtimak juga memerlukan lebih ramai org khidmat tuan2 yg mulia..Untuk sesiapa yg sedia boleh terus ke Medan Ijtimak untuk kerja2 naik khemah,khidmat tandas dan byk lagi kerja2 yg perlu di siapkan sehingga hari Ijtimak tuan2 yg mulia..

Sekali lagi di peringatkan Objektif Ijtimak diadakan adalah bukan untuk suka2 berkumpul akan tetapi usaha dan fikir di buat agar banyak lagi jemaah 4 bulan/40 hari dapat di keluarkan di jln Allah sebelum sebaik-baiknya atau selepas Ijtimak utk di hantar ke hujung2 dunia agar maksud agama ini tercapai..Ini lah sebahagian usaha untuk menyukakan Allah dan Rasul dan menarik rahmat Allah..

Galeri Ijtimak 2009..

Suasana Medan Ijtimak 2009 beberapa hari sebelum Jhor yg diadakan untuk orang khidmat..
Tempat wudhuk untuk jemaah local.

Tempat wudhuk jemaah local.

Tandas yang hampir siap di bina cuma menanti untuk di naik kan dinding.

Suasana luar khitta dlm pembinaan.

Medan Ijtimak 1

Medan Ijtimak 2

Medan Ijtimak 3Medan Ijtimak 4Medan Ijtimak 5
Kerja2 mendirikan khemah kecil di tepi kolam takungan air.
Kolam takungan air.
Kerja2 menyiapkan khitta.
Khitta jemaah local sebelum Jhor khidmat pd 30-31/05/09

Tapak khitta jemaah foreign.Tapak ini di jangka akan menggunakan khemah putih (alah mcm khemah org kahwin tu la)yg mana kos sewa dan pembinaan nya bakal mencecah RM 2 juta! Wallahualam..Aku dgr2 karkuzari jer..
Tapak khitta foreign di bina hampir 50m menghadap dgn kawasan Masjid Kuaters KLIA.

Pemandangan suasana pembinaan dari dalam khitta.
Para daei yg korban masa sedang sibuk dlm kerja menyiapkan khitta.

Medan Ijtimak masih kekurangan manpower.Tuan2 yg sedia boleh la terus dtg ke medan Ijtimak.

Lantai khitta yg belum di alas.

Khemah Khidmat Taam Umum beberapa hari sebelum Jhor.



Khemah khidmat taam yg menempatkan brg keperluan kering sebelum ditutup.

Khemah Khidmat Taam ( Masak Nasi ) sebelum di tutup dari pandangan umum.Bukan ape nak jaga kebersihan.

Di belakang khemah khidmat taam terletaknya khemah khidmat medan Ijtimak.

Sekitar Jumaat mlm 29/05/09 di dalam khitta yg hampir siap.

Suasana malam di dalam khitta 3 khusus utk kawasan Kuala Lumpur.

Jemaah yg baru sampai dari jauh sedang berehat-rehat.

Semakin mlm semakin ramai yg baru tiba.Wah dia punya feel/semangat mcm nak sambut raya plak.

Aku,Wak Suhardi dan Wak Shamsuri.Time ni diorg hanyut dulu dah..Time ni aku pun dah lebam,mengantuk gila.
Ni time kedua aku terjaga setelah khitta yg kami diami di landa angin badai sekitar 2 pagi.Kuat gila angin mlm time tu.Sheikh Allah kejut suruh tahajud laa..Dan lepas tu aku makin ramai mula mendirikan tahajud yg mana aku plak masih dlm keadaan terkejut.Untuk pengetahuan korang,kalo dtg Ijtimak toksah la susah2 nak bawa kelambu coz satu ekor nyamuk pun takde kat sini.Semuanya dgn izin Allah..

Ni suasana Sabtu mlm 30/05/09 selepas bayan maghrib..Time ni lebih kurang 3000 org dah mula membanjiri khitta.

Pagi Sabtu 30/05/09 Di khemah khidmat taam.

Maka kerja2 penyediaan memasak nasi pun bermula.Ni time beras baru naik dan perlu di kacau utk mengelakkan kerak.1 periuk ni boleh di muatkan 25 kg beras,1 kg utk 10 org,25 kg cukup utk 250 org.Time ni lebih kurang 14 periuk sekali jln utk hidangan 3500 orang!

Gaya seorang suami mithali memasak nasi dlm periuk besar.Aiseh panas la mamak!

Susunan periuk2 besar.Letih gak mengacau nya.
Ni la dia kerja yg di lakukan secara berjemaah.Baru kerja jd mudah.Apeee yg penting..Kerja samaaaa..
Kerja sama..
Full Sunnah what ever u do!
Ni time menunggu nasi nak masak la ni.
Alhamdulillah..Berkat kerjasama dan taat perintah Amir Allah jadikan masakan kami berada dlm keadaan baik.Takde satu periuk pun seingat aku yg nasi nya berkerak!Ni baru time rehearsal,kalo actual date nanti ntah mcm mana la agaknya..Ya Allah permudahkan urusan kami dan bantu la kami menjayakan Ijtimak ini..

Khidmat taam,biasa la byk mkn.Pantang ade ruang rehat jer.Nyap..nyap aje ler..Eleh korang toksah ngata aku nkorang pun time kluar sama jer 2x5.Hehehe..
NI time lunch lepas Zohor di mana jemaah bersiap sedia untuk menjamu selera.

Jemaah mula memenuhi khemah penghidang makanan.

Sekitar Subuh 31/05/09

Sebelum subuh lg persiapan utk sarapan telah bermula.Ni time nak tunggu nasi kering.Ni tgh masak nasi lemak la ni.Sebahagian jemaah sedang solat Subuh dan sebahagian lg sedang menjaga masakan.

Nasiii leeemaakkk..
P/S : Full Karkuzari To be Continue..

Wednesday, May 27, 2009

Karkuzari 3 Hari Ke Surau An-Nur

Assalamualaikum..


Karkuzari jemaah 3 hari ke surau An-Nur berhampiran pasar borong lama Selayang..
Jemaah di pimpin oleh Amir Sabh Tuan Shamsul..Surau An-Nur ini hidup 5 amal masjid nya
kerana di usahakan oleh jemaah Myanmar..


Taklim myanmar

Bayan Kolonel Nasir

Jemaah menanti waktu solat

Nur Muhammad dan Wak Suhardi

Bayan Whapsi oleh Shafie orang Myanmar yang juga menjadi penterjemah bahasa Mynmar di markas Sri Petaling

Karkuzari penuh to be update later..Insyallah

Tuesday, May 19, 2009

Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..

Salam..
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.
fikirumat.blogspot.com

Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.

Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur'an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.

Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata "kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama".

Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.

Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami. Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu'))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.

Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.

Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.
Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.


Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan lebat yang aneh.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.

Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata "kun faya kun"..


Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.


Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah..



Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur'an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta'lim ta'lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.



Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni..Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad s.a.w.



Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..



Ameenn Ya Rabbal Alameen..