Assalamualaikum..
Laporan terkini Ijtimak 2009.
Bertarikh 30/05/09 dan 31/05/09 telah berlangsung satu Jhor kecil yg di hadiri lebih kurang 3500 orang khusus untuk memberi taklimat kepada semua jemaah yg terlibat untuk khidmat pd hari Ijtimak 2009 nanti..Jemaah yg hadir dari seluruh Malaysia ini termasuk warga Indon,Myanmar,Pakistan,Bangladesh,India dll yg menetap di Malaysia ini telah di berikan kerja khidmat masing2..
Beberapa jemaah telah di bentuk antaranya Jemaah Estekbal,Qitar Wali Jamaat,Ta'am,Security,Parking,Tandas,Iklan,Maintainance Elec,Journawala,Hidangan dan byk lg jemaah kecil bagi melancarkan perjalanan Ijtimak 2009 yg hanya berlangsung sejak 28 tahun yg lalu(masa tu aku ingat umur aku baru setahun kot)..Lps ni belum tentu aku hidup untuk berjumpa Ijtimak yg akan dtg..
Tashkil :
Untuk pengetahuan tuan2 medan Ijtimak sgt2 memerlukan org khidmat tak kira samada tuan pernah keluar khuruj bersama jemaah dakwah/tabligh atau tidak..Tuan2 yg mulia niat dan berazam la untuk jd asbab agar org lain dpt keluar di jln Allah..Antaranya melalui kerja khidmat ini..Seluruh pahala org keluar jln Allah juga org khidmat akan peroleh..Melalui amalan khidmat ini la buku amalan catatan kita akan terus terbuka hingga ke hari Qiamat..Itu baru khidmat..Belum door to door lagi..Ameenn Insyallah..
Karkuzari Jemaah Khidmat Taam/Tashkil :
Untuk pengetahuan tuan2 Khidmat Taam Umum memerlukan manpower seramai 1500 org untuk menjayakan Ijtimak ini..Buat masa ini ketika Jhor pada 30/05/09 dan 31/05/09 jumlah org khidmat taam umum cuma ada sekitar 130 org sahaja..tuan2 yg sedia untuk khidmat taam boleh la terus dtg ke khemah khidmat taam dan beri nama kpd org tanggungjwb di pintu masuk utama khemah khidmat taam..
Tuan2 yg mulia berikut pecahan kerja dlm khidmat taam ini nanti :
Tugas masak nasi perlu kpd 360 org tukang masak
Tugas masak lauk perlu kpd 300 0rg tukang masak
Tugas parut kelapa perlu kpd 120 orang
Tugas penghidang makanan 120 orang
Tugas penyediaan minuman 160 orang
Seandainya tuan2 mampu membawa lebih ramai org maka boleh di gunakan untuk tujuan standby atau kerja boleh di laksanakan dlm sistem syif..
Peringatan!!! : Tuan2 yg sudah sedia ataupun baru bg azam utk tugas khidmat taam (nasi,lauk,air dll mengenai makanan) adalah di nasihat kan pergi kemana mana hospital kerajaan atau klinik swasta dan dptkan suntikan utk pengendalian makanan iaitu TY2 Injection .Kos suntikan hospital/klinik kerajaan adalah sekitar RM 20.Kos bg klinik swasta sekitar RM 35 ke RM 100 shj.Sila simpan resit suntikan tersebut dan apabila di minta oleh Amir Khidmat Taam Ijtimak maka boleh la serah resit tersebut..Suntikan tersebut akan kekal selama tiga tahun..
Medan Ijtimak juga memerlukan lebih ramai org khidmat tuan2 yg mulia..Untuk sesiapa yg sedia boleh terus ke Medan Ijtimak untuk kerja2 naik khemah,khidmat tandas dan byk lagi kerja2 yg perlu di siapkan sehingga hari Ijtimak tuan2 yg mulia..
Sekali lagi di peringatkan Objektif Ijtimak diadakan adalah bukan untuk suka2 berkumpul akan tetapi usaha dan fikir di buat agar banyak lagi jemaah 4 bulan/40 hari dapat di keluarkan di jln Allah sebelum sebaik-baiknya atau selepas Ijtimak utk di hantar ke hujung2 dunia agar maksud agama ini tercapai..Ini lah sebahagian usaha untuk menyukakan Allah dan Rasul dan menarik rahmat Allah..
Galeri Ijtimak 2009..
Suasana Medan Ijtimak 2009 beberapa hari sebelum Jhor yg diadakan untuk orang khidmat..






Medan Ijtimak 2

Medan Ijtimak 3
Medan Ijtimak 4
Medan Ijtimak 5
Kerja2 mendirikan khemah kecil di tepi kolam takungan air.
Kolam takungan air.
Kerja2 menyiapkan khitta.
Khitta jemaah local sebelum Jhor khidmat pd 30-31/05/09
Tapak khitta jemaah foreign.Tapak ini di jangka akan menggunakan khemah putih (alah mcm khemah org kahwin tu la)yg mana kos sewa dan pembinaan nya bakal mencecah RM 2 juta! Wallahualam..Aku dgr2 karkuzari jer..
Tapak khitta foreign di bina hampir 50m menghadap dgn kawasan Masjid Kuaters KLIA.
Pemandangan suasana pembinaan dari dalam khitta.
Para daei yg korban masa sedang sibuk dlm kerja menyiapkan khitta.
Medan Ijtimak masih kekurangan manpower.Tuan2 yg sedia boleh la terus dtg ke medan Ijtimak.
Lantai khitta yg belum di alas.












Khemah Khidmat Taam Umum beberapa hari sebelum Jhor.

Khemah khidmat taam yg menempatkan brg keperluan kering sebelum ditutup.


Di belakang khemah khidmat taam terletaknya khemah khidmat medan Ijtimak.
Sekitar Jumaat mlm 29/05/09 di dalam khitta yg hampir siap.






Pagi Sabtu 30/05/09 Di khemah khidmat taam.











Sekitar Subuh 31/05/09


P/S : Full Karkuzari To be Continue..
Luas gak tapaknya..
ReplyDeleteInsyallah..semoga Allah terima korban tuan..
ReplyDeleteassalamualaikum.boleh kasi banyak lagi view medan ijtimak ,masturat nak tengok... jazakallah.
ReplyDeleteW'salam..
ReplyDeleteInsyallah..Ade jer info terkini saya akan upload dlm blog ni..
Ijtimak makin dekat,takaza makin byk..
Berbahagialah org2 yg di sibukkan dgn urusan agama..
Salam
ReplyDeleteThanks sebab jadi follower TMT1013.blogspot.com
Kita jumpa di KL insyaAllah.
Salam.. Insyallah saya datang ijtimak tu.. saya bawa sekeluarga ngan abang dan abang2 ipar. ayah saya lepas ijtimak ini nak kuar 4 bln ke negara jauh. Doakan la juga sama-sama.
ReplyDeleteSaya rasa dah x sbar2 rasanya nak gi tgok keadaan di sana nnti....
salaam...minta izin copy pic...jazakaLlahu khair
ReplyDelete