Wednesday, April 29, 2009

Lelaki dayus..




Assalamualaikum..."Ku anfusikum wa ahlikum naro"..
Artikel kali ini membincangkan tentang siapa lelaki dayus yang tidak akan memasuki syurga.Lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak2,ataupun abang dan adik lelaki yang mempunyai saudara kandungnya yang wanita.Adakah mereka ini berisiko terdedah kepada ancaman dayus??Sama2 kita baca dan hayati artikel di bawah..

Nabi SAW bersabda :-Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad ) Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini.

Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?1) Sabda Nabi : -Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi saw:Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)(al-Hakim)

BILA LELAKI MENJADI DAYUS????

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :-"

Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sumber : wirapendang.blogspot.com

Hari yang lucu tapi bermakna


Assalamualaikum..

Semalam di pejabat aku berlaku satu peristiwa yang benar-benar menambahkan lagi iman dan keyakinan aku kepada Allah s.w.t. Ustaz jemputan surau ofis aku ni kalo tak silap imam masjid Batu Jalan Ipoh agaknya kot..Dia dok cite pasal sunnah Nabi dan sampai masuk ke bab solat dimana perlunya menampakkan buku lali bagi kaum lelaki..

Time tu maklum la kan aku sorang jer qarqun yang tahan lasak datang awal dok layan ceramah kat surau 'bulan' ni..(org bulan ker,org dacing ker,org ape ker mereka tetap umat Nabi s.a.w,kena usaha atas iman diorg nih)..Yang lain lewat sikit mungkin tak tahan kena kutuk kot..Sebenarnya aku dulu pun kaki layan ceramah bulan gak sebelum Allah pilih buat dakwah/tabligh ni..Tapi bila aku perhati dan perhalusi orang yang mana orang dakwah/tabligh muliakan sebagai alim ulamak (ustaz berbayar) ni asyik la dok kutuk orang sana sini sampai dah takde orang nak di sebut orang dakwah/tabligh pun boleh jadi bahan cerita..amende la diorg ni..takde kejayaan langsung..

Walaubagaimana pun bukan semua ustaz-ustaz yang berperangai macam tuh..ramai lagi yang berakhlaq dengan akhlaq Nabi dalam berdakwah tapi ikut cara diorang la..Ok back to the story..bila cite bab kain,seluar atas buku lali ni mula la jemaah-jemaah surau ni jeling-jeling kat aku kononnya diorang ingat ustaz ni nak pekena orang macam aku la..Tup..tup ustaz ni pi bantai plak kepentingan menampakkan buku lali ketika solat..ape lagi masing-masing buat muka boring and toye jer..Ustaz tu kasi kluar mcm-mcm hadis dan kelebihannya sehingga di katakan solat boleh jadi sampai tak sah jika pakaian di labuhkan di bawah buku lali..kekeke..

Setakat yang aku ingat orang yang melabuhkan pakaian (orang lelaki) ketika solat pesan alim ulamak ialah orang yang mewarisi kesombongan,ujub dan takabur..wallahhualam..

Pastu bila nak dirikan solat zohor berjemaah aku perhatikan hampir semua jemaah surau ni dah jadi orang tabligh dah..kekekeke..semua pakat selingsing seluar sampai ke buku lali..Allahuakbar hidayat betul..

Maka bertambah lah keyakinan aku bahawa di dalam sunnah Nabi itu memang benar-benar ade kejayaan..Aku cite ni pasal suasana akhir zaman dan suasana kat ofis aku ni kurangnya mereka nak amal sunnah..Kalo cite bab fekah,wah masing-masing macam ustaz,tapi nak amal nak hidupkan shariat Nabi yang simple ni org payah nak buat..hmm..Kata cinta Nabi,tapi sunnah Nabi tak mau amal..Mcm mana cite ni?
Memang la kata ulama fekah amal sunnah tu hukumnya sunat jer,tapi bagi ulama tasawuf dan golongan yang berjuang dalam urusan agama ia lambang kecintaan terhadap susah payah Nabi dlm berdakwah menyebarkan agama Islam..

Satu cerita pendek tentang kisah kecintaan seorang sahabat r.a. terhadap Nabi s.a.w..Pada suatu hari ketika Nabi masih hidup,sahabat ni berjalan la di belakang Nabi menuju ke suatu tempat..Ketika berjalan mereka melewati sepohon pokok rendang lalu Nabi s.a.w. pun menundukkan kepala ketika melewati pokok tersebut dan sahabat ni pun ikut tunduk..Beberapa lama selepas kewafatan Nabi,sahabat yg sorang ni lalu lagi tempat yang sama bersama-sama sahabat yang lain tetapi pada ketika itu pokok tadi telah di tebang oleh orang lain..Bila sahabat ni melewati sahaja kawasan pokok itu dia pun terus menundukkan kepala..Sahabat yang lain kehairanan lalu bertanya kepada sahabat yang sorang ni.."Apa tujuan kamu menundukkan kepala sebentar tadi wahai fulan?"
Sahabat yang sorang ni menjawab "ketika Nabi s.a.w. masih hidup,kami pernah sama-sama melewati kawasan ini dan waktu itu masih lagi ada pokok di kawasan ini..Aku lihat Rasulullah tunduk lalu aku pun ikut tunduk,kini Nabi sudah tiada dah pohon tersebut sudah di tebang..Sebagai mengambil keberkatan sunnah Nabi setiap kali aku lalui kawasan ini aku tunduk seolah-olah aku masih lagi berjalan dengan Nabi.."Allahuakbar..setiap kali aku teringat kisah ni bergenang air mata aku terkenangkan hebat nya rasa cinta para sahabat terhadap Nabi s.a.w.
Kita bagaimana pula?

Isk..isk..aku kena banyak lagi belajo husnuzon ( sangka baik ) laa..
Ya Allah lemahnya iman aku..Engkau beri la kekuatan Ya Allah agar dapat aku lawan segala tipu daya syaitan ni Ya Allah..Ameeenn..

Tuesday, April 28, 2009

Anak Soleh




Syukur Alhamdulillah..Setelah beberapa tahun perkahwinan,kami di kurniakan 3 cahaya mata lelaki yang comel..Anak sulung kami Ahmad Farhan serta dua adik kembarnya Ahmad Nabhan dan Ahmad Nurhan kini sedang giat membesar..Untuk pengetahuan kesemua anak-anak kami keluar ikut tingkap..Masyallah!


Belum pun mati lagi aku dah begitu merasakan bahawa janji Allah itu benar,syurga itu benar,neraka itu benar,siksa kubur itu benar,mahsyar itu benar dan segala-gala janji Allah itu benar..Bila seorang hamba Allah tu selesai aje akad nikah maka syaitan pun menangis menjerit-jerit sambil menyapukan tanah di kepalanya..(Padan muka nko setaaann)..


Dulu aku bujang bukan main nko goda aku ke arah maksiat,skarang aku dah kawin pun nko goda juga,tapi sekurang-kurangnya aku ade tempat nak selesai masalah dunia aku hehehe..

Buat semua umat yang masih bujang-bujangan kat luar sana tu cepat-cepat la dirikan rumah tangga..Dulu masa bujang aku solat jemaah 27 kali ganda jer pahalanyer..skang Allah up skit offer Dia kepada 27 X 70 kali ganda pahalanya..Tengok tu pengasih dan pemurah nya Allah..Itu belum solat masa keluar 3 hari,40hari or 4bulan tuhh..Allahuakbar..



Nabi s.a.w. bagitau 3 perkara yang tidak akan terputus amalannya dengan si mati 1)ilmu yang bermanafaat 2) sedeqah jariah 3) doa anak yang soleh..Ya Allah Engkau jadikan lah zuriat keturunan aku nih para alim ulamak,para hafiz dan para da'ei bagi menyambung warisan kekasih Engkau Ya Allah Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah kami merindui pertemuan denganMu dan kami juga merindui akan pertemuan dengan kekasihMu..Ya Allah jangan lah Engkau buang kami dari usaha agama ini lantaran kejahilan serta dosa maksiat kami Ya Allah..

Perkenan kan lah doa kami Ya Allah..

Monday, April 20, 2009

Akar politik eropah kepada dunia




PERBINCANGAN mengenai politik selalunya mendapat sambutan hangat di negara ini. Maka tidak hairan jika ada pihak yang tidak berminat terhadap politik maka ia seolah-olah tidak dapat diterima masyarakat walhal sikap itu bukanlah menyalahi undang-undang negara, waima undang-undang Islam sekali pun.


Begitupun, perlu lah kita sedar bahawa bukan bermakna orang yang tidak berminat terhadap politik, tidak tahu menahu soal politik. Justeru, posting kali ini menyentuh soal asal usul ideologi politik masakini dan dari mana asalnya ia datang.

Secara umumnya, politik atau siasah di sesebuah negara dicorakkan oleh ideologi politiknya dan di kebanyakan negara khususnya negara yang pernah dijajah, permikiran politiknya adalah seperti yang dipupuk oleh penjajah. Disebabkan itu, kebanyakan negara serasi menggunakan ideologi politik yang susur galurnya berakar dari idea tokoh pemikir eropah moden, kerana negara eropah banyak menjadi penjajah.


Sebagaimana manusia, otaknya yakni fikirannya akan mencorakkan pergerakan dan tindakan badannya, begitu juga pemikiran atau ideologi politik ini mencorakkan apa yang diamalkan kebanyakan negara. Maka berbincang mengenai ideologi politik kebanyakan negara masakini tidak lengkap jika tidak menyebut mengenai ideologi politik barat yang dihasilkan pada zaman eropah moden. [Eropah moden adalah zaman selepas eropah keluar dari zaman gelap. Maka eropah moden di sini dirujuk kepada zaman pencerahan (enlightenment) dan zaman kebangkitan (renaissance).]


Menyorot asal usul ideologi politik yang dilahirkan oleh tokoh-tokoh pemikir barat juga boleh membuka ruang untuk kita berlapang dada terhadap gerakan atau jemaah Islam yang bersikap berkecuali dalam politik.Di eropah, sejak dari zaman Greek hingga ke eropah moden, manusia menggunakan akalnya untuk menjadi formula terbaik mentadbir dan menguruskan politik serta negara hingga melahirkan pelbagai pemikiran, ideologi atau ism. Walaupun gagasan idea golongan cendekiawan dan falsafah barat itu dianggap besar namun tiada satu pun yang benar-benar berjaya, kerana ia bersandarkan kepada akal semata-mata.Dari Plato, Socrates hingga ke Karl Mark dan Stalin - ideologi rekaan manusia antaranya ialah demokrasi, sosialism, komunism, kapitalism, fasism, secularism dan sebagainya namun idea yang paling kita kenali ialah demokrasi. Ini termasuk idea social contract yang pertama kali diperkenalkan oleh Jean Jacques Rousseau (Perancis), kini tiba-tiba begitu popular di tanah air tercinta.Secara umumnya idea asal mereka tidak dibimbing oleh agama kerana agama yang diamalkan oleh masyarakat eropah waktu itu iaitu kristian ternyata dipandang serong masyarakatnya kerana dirasakan tidak sempurna untuk perkara tersebut.Ideologi berasaskan agama menerusi gagasan 'Kingdom of God' yang dipelopori oleh golongan agama seperti St. Aquinas dan St. Agustine menyebabkan dogma dalam masyarakat akibat kejumudan dokrine yang dipaksakan. Akhirnya ia ditolak oleh rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat mendapati ia tidak masuk akal atau tidak rasional menyebabkannya tidak diterima masyarakat.Walaupun pada mulanya ia diterima segelintir masyarakat ekoran kesan penolakkan sistem feudal raja, tetapi kemudiannya gereja ditewaskan dalam soal perebutan kuasa.

Disebabkan itu, bila berlaku konflik antara istana dan gereja dalam perebutan kuasa muncul idea-idea yang bertujuan membebaskan masyarakat daripada gereja dalam secularism yang memisahkan agama dalam politik. Machiavelli yang dipenjarakan raja, menulis buku 'The Prince' untuk membodek raja yang antara lain menjelaskan kenapa kuasa sepatutnya diberikan kepada raja dan bukannya kepada gereja. Akhirnya raja suka kepadanya dan dia dibebaskan, namun kelicikan idea 'the ends justify the means' terus popular di pentas politik.Namun tokoh pemikir barat dan masyarakat tidak juga dapat menerima urusan negara diserahkan kepada raja bulat-bulat disebabkan cengkaman kuku besi raja dalam sistem feudalism, kelemahan kepimpinan dinasti dan sebagainya. Ini menyebabkan rakyat memberontak dan tokoh-tokoh politik serta rakyat berpendapat rakyat perlu diberikan kuasa dalam memerintah negara.France Revolution (1789–1799) misalnya mengorbankan institusi raja dan peristiwa The storming of the Bastille (14 July 1789) antara kemuncak rakyat menolak raja.


Penjara Bestille tempat dihumban penjenayah yang benar-benar jahat dan tahanan politik yang bukan penjenayah. Kesalahan tahanan politik hanya kerana melawan raja. Tetapi apabila penjara itu dirempuh gelombang rakyat, maka kesemua yang dalam penjara itu sama ada tahanan politik atau orang jahat menjadi bebas. Perancis menjadi kacau dan sejarahnya agak menarik hingga ke Napoleon Bonaparte.Jika kuasa diberikan kepada rakyat, maka timbul pula bagaimana ia perlu dilaksanakan?

Dalam hubungan ini, sejajar dengan perkembangan sains yang meledak telah melonjakkan industri di eropah, lebih-lebih lagi negara eropah telah mendapat (merompak) banyak bahan mentah dari negara-negara yang dijajah untuk digunakan di negara sendiri. Maka terjadi industrial revolution dengan rata-rata rakyat adalah menjadi pekerja.Pada waktu ini timbul idea seperti socialism yang mendapat sambutan kerana memperjuangkan golongan pekerja dan memastikan agihan ekonomi, kuasa dan apa-apa sahaja berkaitan negara perlu dipusatkan kepada kerajaan bagi faedah rakyat secara samarata. Impian socialism adalah negara yang dinamakan utopian-state, tetapi realiti yang terjadi ialah pemerintahan kuku besi.Socialism yang ditafsir Karl Mark menjadi communism yang dikembangkan di Soviet dan China. Socialism adalah ibu manakala komunisme adalah anaknya dan komunisme di Rusia berbeza dengan di China.


Socialism juga melahirkan anak seterusnya iaitu National Socialism atau singkatannya Nazism (Jerman), Fasism (Italy) yang hanya berkehendakkan negara mengawal segala-galanya - iaitu secara autocracy, kukubesi dan diktator. Dalam senarai ideologi barat - wajah komunis, fasis dan nazi nyata adalah paling terburuk dan hodoh. (Syukur lah kita kerana di Malaysia tiada lagi komunis).

Pada masa yang hampir sama, disebelah pihak muncul sosial demokrasi yang wajahnya berbeza yang dianggap lebih bertimbang rasa, memberi kebebasan, bersuara, lebih liberal, persaingan pasaran, kapitalism dan pemimpin ditentukan oleh undi rakyat melalui pilihan raya. Pertembungan antara dua pihak yang berideologi berbeza antara negara-negara penganutnya menyebabkan perperangan dunia pertama dan kedua yang berteraskan isu ekonomi, penjajahan dan kuasa. Turki masuk ke kumpulan yang salah itu kumpulan yang kalah pada perang dunia pertama.Pada perang dunia kedua, Jepun pula masuk ke dalam kumpulan yang salah iaitu kumpulan yang kalah. Negara-negara sosial demokrasi seperti Britain, Amerika menang dalam perang. Negara ini terus memastikan komunis tidak berkembang hingga terjadi perang dingin dan perang Vietnam. Akhirnya komunis berkubur, USSR runtuh, demokrasi menjadi dominan dan Amerika adalah pendokongnya.


Hari ini Jepun masuk kumpulan yang betul menjadi sekutu kuat Amerika.Pada zaman penjajahan, negara-negara penjajah telah merompak, memperkosa dan menodai hasil mahsul bumi negara-negara dijajah dan apabila penjajah meninggalkan negara itu, mereka meninggalkan benih demokrasi dan nilai-nilai politik barat untuk diwariskan dalam pemerintahan.Apabila negara-negara penjajah sudah tidak tertanggung untuk mentadbir wilayah dijajah dan kebangkitan perjuangan kemerdekaan, maka penjajah memerdekakan negara-negara itu kepada pemimpin yang mereka percaya.Negara-negara ini dipecahkan sempadan sebagaimana dasar pecah perintah yang sebelum itu diamalkan dalam wilayah kecil.Misalnya, India dipecahkan kepada Pakistan, Bangladesh dan lain-lain (boleh fikir sendiri nama negara lain) yang kesemuanya disuburkan demokrasi.


Kesan perang dunia kedua ialah negara demokrasi menjadi dominan dan Amerika muncul sebagai pendokong demokrasi bersama Britain untuk menekan negara-negara berideologi politik berlainan dalam perang dingin.Selepas komunis jatuh, tokoh barat misalnya Samuel Huntington (dalam bukunya Clash of Civilization and Remaking New World Order) yang diidolakan barat, bersungguh-sungguh menyatakan barat perlu mencari musuh baru - dan musuh itu adalah tamadun Islam kerana wujud perbezaan ketara pemikiran iaitu ideologi. Selain itu, katanya, perang-perang sempadan dan di rantau-rantau adalah penting untuk manfaat penjualan senjata negara barat.Walaupun demokrasi dianggap yang paling baik berbanding ideologi rekaan manusia lain, namun hakikatnya, kisah curang demokrasi juga terlalu banyak, ini boleh dilihat dalam tindakan negara pendokongnya sendiri seperti dasar luar Amerika terhadap negara lain (afghanistan, palestin, iraq, cuba, ... etc).

Idealogi itu juga gagal mencapai sasarannya kerana walaupun, wajahnya manis contohnya rakyat boleh mengundi tetapi pelbagai kekurangan sering berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.Antaranya ialah demokrasi melahirkan cengkaman secara tersusun golongan elit, rasuah politik, penyalahgunaan kuasa, peranan lobi yahudi, sistem kapitalis berat sebelah memiskinkan yang miskin mengkayakan yang kaya, boleh menjurus kepada elemen diktator dalam tindakan unilateral, penipuan undi, menipu rakyat, kekayaan berlegar dalam kelompok sendiri, sistem riba, memecahbelahkan rakyat, menghasut, memburukkan lawan.Pemimpin demokrasi yang menjadi johan biasanya adalah mereka yang mempunyai pelbagai wajah dan pandai bermuka-muka kerana demokrasi tidak mampu mengekang sifat buruk manusia seperti tamak, haloba, rakus, pecah amanah, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Contoh hipokrasi mudah yang boleh dilihat ialah apabila parti yang sah menang di Palestin melalui pilihan raya yang sah tetapi dinafikan kuasa, sebaliknya parti yang kalah tetapi bersekongkol dengan Israel dan Amerika, diberi kuasa. Rakyat Gaza Gaza dibedil, Amerika yang menjunjung hak asasi manusia hanya membisu.


Demikian lah sikap demokrasi yang bermuka-muka dan oppurtunis.Demokrasi kepartian juga bergantung kepada sejauh mana kepimpinannya rasional. Untuk untuk rasional, apakah yang digunakan sebagai rujukan?. Contohnya negara barat, undang-undang membenarkan homoseksual diluluskan. Ini kerana apa yang penting ialah kehendak majoriti rakyat semata-mata dan bukan dari segi agama kerana nilai-nilai itu adalah sesuatu terpencil dan hak peribadi sahaja.Adalah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin tersohor bahawa tiada mana-mana ideologi politik rekaan manusia ini yang terbaik. Misalnya, Tun Dr. Mahathir (semasa masih Perdana Menteri) ketika merasmikan persidangan negara-negara berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur, turut mengatakan tiada mana-mana ideologi politik itu yang terbaik. Kata-kata Tun adalah benar.

Sementara itu, dalam kelambu demokrasi ada bantal empuk - sistem kapitalis yang dipelopori yahudi. Hari ini sistem itu mulai runtuh apabila berlaku krisis ekonomi Amerika yang seterusnya memberi kesan kepada ekonomi dunia (kerana sistem ini menguasai dunia). Selepas sistem itu gagal ia kini cuba diselamatkan oleh kerajaan Amerika seolah-olah negara itu kini tidak lagi mengamalkan democratic capitalism yang sepatutnya membiarkan pasaran mengatasinya. Angkara sub-prima, pajak gadai dan insuran dengan sistem riba melumpuhkan kewangan Amerika maka kini berjuta rakyatnya menganggur, kilang ditutup dan masalah itu merebak ke seluruh dunia termasuk Singapura, China dan sebagainya. Hillary Clinton yang berkunjung ke China tanpa segan silu menyuruh China membeli toxic loan, hutang beracun institusi kewangan Amerika. Maka langkah yang diambil syarikat ialah mengurangkan kerja lebih masa, pemberhentian sukarela, pemberhentian sementara dan membuang terus pekerja. Ini berlaku di mana-mana termasuk Malaysia khususnya bagi sektor perkilangan tekstil, kimia dan perabot.

Banyak lagi contoh bahawa demokratik capitalism gagal dan krisis kali ini dijangka yang terburuk dan terpanjang dalam sejarah manusia menghadapi kegawatan ekonomi.Dalam lipatan sejarah hingga hari ini walaupun jelas, ideologi demokrasi bukanlah jawapan kepada kesejahteraan rakyat secara total namun majoriti penduduk dunia mengakui bahawa demokrasi adalah pilihan terbaik berbanding yang lain. Bahkan para ulama juga berbeza pendapat mengenai perkara ini dan atas faktor semasa sebahagiannya bersetuju dengan penyertaan umat Islam dalam sistem demokrasi kerana ia kurang mudarat dan lebih menghampiri kepada keadilan. Lebih-lebih lagi ia memberi kebebasan kehendak rakyat sesuatu negara untuk memelihara agama, ketuanan sesuatu bangsa, institusi raja, bahasa dan sebagainya.

Mereka berpendapat elemen-elemen negatif dalam demokrasi itu boleh dikurangkan lagi jika para pemimpinnya berpegang ajaran agama. Maka terjun lah ulama-ulama dalam politik kepartian yang wujud dalam sistem demokrasi. Tetapi pada masa yang sama terdapat juga ulama yang tidak terjun dalam politik rekaan manusia ini kerana bagi ulama ini masih terdapat banyak pilihan lain yang jauh lebih baik dan menepati kehendak al-Quran dan Sunnah.


Asas untuk menolak sistem rekaan manusia ini ialah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w, para sahabat. Dan al-Quran berkehendakkan sistem syura. Sistem syura jauh berbeza dengan demokrasi.

Misalnya, 1) demokrasi mengutamakan kehendak rakyat, tetapi syura mengutamakan kehendak Allah dan rasul-Nya.

2) Keputusan dalam demokrasi ditentukan oleh majoriti, tetapi sistem syura, ia tidak semestinya majoriti.

3) Sistem syura mahu pemimpin sebagai khalifah dilantik ialah orang bertakwa tetapi dalam demokrasi pemimpin yang paling popular untuk mendapat undi boleh diangkat sebagai ketua (sama ada popular kerana wang dan sebagainya tidak menjadi hal).

4) Ulama yang terjun dalam politik kepartian rata-rata berpendapat perlu mendapatkan kuasa melalui sistem tersebut walaupun sistem itu kotor kerana bila kuasa itu diperolehi maka Islam boleh ditegakkan. Sebaliknya, sebahagian ulama pula berpendapat, Islam tidak bergantung kepada kuasa semata-mata untuk ditegakkan, bahkan tanpa kuasa pun Islam boleh ditegakkan, maka tidak perlu mencari kuasa itu kerana Islam boleh ditegakkan juga. Ini kerana Allah boleh menegakkan Islam walaupun manusia itu tiada kuasa. Antaranya, semasa awal zaman pengembangan Islam di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w pernah ditawarkan kuasa, harta, wanita oleh pemimpin Quraish, tetapi Nabi tidak mengambilnya kerana usaha dakwah boleh diteruskan juga tanpa kuasa dan akhirnya Islam berkembang.

5) Apakah kehendak Nabi s.a.w? Adakah baginda berkehendakkan kuasa? Sebaliknya fikir risau baginda ialah bagaimana semua manusia dapat taat perintah Allah, semua manusia dapat menjauhi larangan Allah, semua manusia dapat masuk syurga Allah dan jauhi neraka. Bukan kuasa menjadi matlamat, tetapi sebahagian umat Islam menjadikan kuasa sebagai matlamat. 5) Point-point perbezaan antara demokrasi dan syura terlalu banyak hingga mustahil untuk dituliskan semuanya di sini. Sebagai rujukan sebahagiannya boleh dibaca di Al-Alorstari


Kesimpulannya.1-Adalah tidak menyalahi undang-undang negara dan syariah jika mana-mana individu tidak menyertai politik kepartian dalam sistem demokrasi. Dari segi intelektual dan pelajaran sains politik juga, mereka yang bersikap neutral atau berkecuali dalam politik kepartian juga mempunyai kebijakkan.

2-Ulama berbeza pendapat, maka umat Islam perlu berlapang dada dan menerima mana-mana pihak yang bersikap memilih politik kepartian dan berlapang dada juga kepada mana-mana pihak yang berkecuali dan tidak mahu terlibat.

3-Adalah amat dangkal jika menganggap orang yang tidak mahu terlibat dengan politik kepartian sebagai tidak berilmu.

4-Dalam sejarah tiada satu pun ideologi politik barat yang terbukti berjaya, tetapi ajaran Islam satu-satunya cara hidup menyeluruh yang telah membuktikan kejayaan iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan zaman sahabat r.hum.

5-Takrif politik tidak boleh disempitkan kepada struggle for power semata-mata (takrif itu adalah untuk politik kepartian). Politik juga boleh ditakrifkan kepada 'the art to get what, who and how' iaitu politik juga bersabit soal mengurus, memimpin dan mentadbir.

Dalam hal ini, dalam dunia ada satu sahaja jemaah (gerakan, kumpulan) orang Islam yang memimpin dan mentadbir gerakan dakwah begitu meluas hingga ke merata pelusok dunia hingga ke 7 benua. Dakwah bergerak lancar dengan bantuan Allah sama ada di negara Islam atau bukan Islam. Jemaah terus menerus dihantar menjadi asbab hidayat merubah manusia supaya kenal akan Allah dan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jemaah dakwah tidak mencari kuasa kerana hanya mencari keredhaan Allah. Tanpa ada kuasa pun, gerakan ini mampu mengubah perompak kepada tok wali, pemabuk kepada hafiz, penzina kepada orang alim, ustaz kepada mufti maulana dan sebagainya dan dengan sasaran manusia dibawa kepada Allah. Jadi, jika tanpa kuasa pun Allah boleh beri demikian, jadi nak buat apa dapatkan kuasa?


Dalam mesyuarat usaha dakwah peringkat dunia di Nizamuddin hampir setiap negara menghantar wakil untuk bermesyuarat dan janji Allah adalah benar bahawa Dia letakkan orang yang beriman dan bertaqwa sebagai khalifah muka bumi. -Di Malaysia, orang panggil gerakan dakwah ini sebagai tabligh dan beberapa tempat di luar negara dipanggil six points men dan walau apapun nama diberi oleh orang tetapi ia adalah usaha iman dan amal iaitu usaha dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Usaha yang terus menerus hingga hari kiamat kerana selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat, maka tiada lagi nabi dihantar. Umat ini adalah umat dakwah yang bertanggungjawab untuk meneruskan usaha dakwah hingga hari kiamat. Di belakangnya ada pertolongan Allah dan khabar gembira di dunia dan akhirat.


**Tulisan ini tidak menyentuh soal hukum hakam dan tidak juga mewakili mana-mana pihak atau kumpulan kerana tiada mana-mana kumpulan pun yang pernah melantik saya untuk menjadi jurucakap mereka dalam dunia internet ini. Ini adalah pendapat saya sendiri, dan sebahagiannya mungkin dari segi sains politik.


Wallahualam bissawab.


Sumber dari : ziarah76.blogspot.com

Orang Tabligh..


Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama, Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.


Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.


Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.


Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.


Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.


Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.


Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!
"Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..


Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?


Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".


Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?


Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!
"Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kami ready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!


Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...


Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .sayangkan anak..rotan digantungkan..
Sunnah nabi..bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke M'sia ni...


Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin..



(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Aku suka betul dgn karya ni..Berkali-kali baca pun tak boring..
Ya Allah Istiqomahkan aku dlm usaha ini,
Sampai aku tiada lagi..



Monday/4:18a.m./20.04.09