Tuesday, May 5, 2009

Dari Batang Kali Ke Selayang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berkat usaha agama yg Allah berikan pada umat ini,sebahagian da'ei yang di pilih Allah dari Batang Kali (Surau An-Nur,Genting Permai) telah berada selama 3 hari di Musolla Al-Makmur,Sri Astana Apartment Jln Sg.Tua Selayang..

Banyak cerita yang menarik yang aku nak bentangkan dalam karkuzari yang pertama selama jemaah 3hari yang pertama dari Genting Permai,Batang Kali ni berada di marhalah aku..
Aku Alhamdulillah Allah s.w.t. masih sayangkan aku dalam usaha agama dan di beri peluang untuk nusrah jemaah ni..Terima Kasih Ya Allah..

Pertamanya,Jemaah ni terdiri daripada beberapa orang alim (Ustaz),orang awam dan yang paling ramai student dari tingkatan 1-5!Masyallah moga Allah istiqomahkan budak-budak ni dalam usaha agama ni..Mereka tak dapat nak iktikaf terus ke Musolla aku kerana saiz Musolla aku tak dapat nak tampung bilangan mereka yang hampir 2 pasukan bolasepak!..

Kebanyakkan student nih ade keluar full 3hari dan ade yang cuma keluar 1hari (baru nak belajar-belajar)..Ade juga student2 nih yang dah keluar 40 hari..Subhanaullah hebat (maklum la dalam marhalah ade orang alim)..Susah nak jumpa golongan ustaz dalam usaha dakwah/tabligh ni..

Jadi mereka iktikaf di surau yang berhampiran iaitu Surau Taman Selayang..Alhamdulillah AJK dan jemaah surau ni baik2 dan biasa ngan Jemaah Tabligh ni..So diorang pun tak kisah siap ikram kita orang lagi makan-makan ngan diorang..Alhamdulillah Allah mudahkan..















Amir Sab jemaah Genting Permai,Batang Kali Bro Rodi..

Jemaah ini di pimpin oleh orang lama Genting Permai,Batang Kali Brother Rodi Suparman,ooppss sori aku tambah2 jer tuh..Bro Rodi jer..Bro ni masyallah korban punya orang la coz dia sediakan van Toyota dia untuk bawa student2 dan orang awam ni ke Selayang..Van dia ni musti dah banyak khidmat jalan Allah ni..

Kemudian kekuatan jemaah ni juga di pimpin oleh orang alim iaitu Ustaz Nazli selaku fikir and anchor man dalam jemaah ni..Dia punya bayan masyallah masuk jauh dalam hati beeebb..Jemaah musolla aku ramai gak yang duduk dalam program masa dia bayan tu..Asbab jemaah ni datang ade la 2-3 orang azam nak keluar 3hari..Allahuakbar..

Pastu masa aku keluar khususi ngan Ustaz Nazli kat area apartment aku ni jumpa la plak ngan sorang qarqun 40hari..Bro ni kata dia tengah sejuk coz baru lepas kahwin pastu anak keluar berderet-deret..Hmm mcm aku gak la..Syukur Alhamdulillah pastu dia pun azam nak bagi masa..

Ni dia Ustaz Nazli..Selaku Ustaz dan guru kaunselor kat sekolah area Rawang nun..

Bersama jemaah ni mereka juga membawa anak beranak mualaf yang baru memeluk Islam sejak 4 bulan lalu..Abu Bakar nama si ayah dan anak nya bernama Umar..Ape la amalan istiqomah jemaah Batang Kali ni agaknya yer..Pakej betul la jemaah diorang nih..Student ade,ustaz ade,mualaf ade,orang awam ade,Subhanaullah..
Yang aku tak bleh lupa ngan budak si Umar ni asyik la tanya "bang bila nak pergi mana sungai?"..Sungai mana plak yang aku nak syorkan si Umar ni pergi mandi..Aduhh..Fenin..fenin..

Umar Al-Khattab..
Aku tengok dia ni happy jer memanjang masa keluar ni..Walaupun kulit nya gelap tapi Nur Islam yang ade wajah dia ngan ayahnya memang benar2 kelihatan..Alhamdulillah..

Ni la kehebatan kerja dakwah..Umar ayahnya Abu Bakar serta ibunya Aminah mengenali Islam melalui perantaraan dakwah..Aku ingat la kalo diorang ni melihat Islam melalui akhlaq orang Melayu Islam kat Malaysia ni,alamatnya tak jadi nak peluk Islam la..Orang Melayu pun minum pun mcm kita jugak,rajin beratur itu nombor ekor punya tempat jugak,bulan posa siang hari makan mcm kita juga..Allahuakbar..mcm mana hidayat nak tersebar..

Allah memang nak tarbiyah aku masa tengah nusrah jemaah ni..Datang la seorang mualaf Cina kat Musolla aku ni nak minta derma duit nak balik Johor katanya baru lepas kena halau ngan keluarga pasal peluk Islam..Amir Sab pun tashkil la duduk dgn jemaah ni utk sehari dua..Mualaf Cina ni menolak la dgn macam2 alasan,katanya nak cepat la,tak mau tolong takpe la..Hidayat betul la masa tu..Siasat punya siasat rupanya Mualaf ni dah setahun lebih masuk Islam dan kad PERKIM sentiasa di bawa bersamanya..So dia gunakan kad PERKIM ni la minta donation ngan orang ramai..Aduh ape dah jadi la ni..

Perbuatan mcm ni kan boleh mencemar imej Islam..Nabi tak ajar meminta-minta macam ni..Sebenarnya dah banyak kes-kes berlaku di luar sana..Aku percaya nkorang semua mungkin pernah terjumpa kes mcm ni..Bukan la aku nak salahkan PERKIM..Tapi mcm mana follow up di orang dgn saudara baru mcm ni?..Bukan la nak sangka buruk kat Mualaf ni,tapi kesian la 1 tahun lebih peluk Islam Basmallah ngan Al-Fatihah pun tunggang langgang bacaannya..Abu Bakar bapak nya si Umar tadi pun kurang dari 4 bulan dah boleh baca Al-Fatihah dengan baik..

Ya Allah Engkau kesian kan umat ini..Sebenarnya banyak lagi karkuzari ketika jemaah ni keluar kat tempat aku ni..Aku jer yang tak larat nak ingat dan menaip..Takpe ade masa nanti aku update la lagi..

Ni time ta'am malam terakhir sebelum bayan Whapsi..

Emm..nyam..nyam..makan dalam talam..Masa keluar mcm ni la baru ade kekuatan nak amal sunnah makan dalam talam..Kalo nak harap time jamuan kat surau/masjid/umah..hmm jangan harap laa..


Seronoknya makan ramai-ramai mcm ni..Aku kalo bab makan ni..Laju la..He..he.he

Bayan Whapsi sebelum tangguh untuk pulang ke Batang Kali..Ustaz ni saje je doa sedih-sedih sampai nak nangis aku di buatnya..

To Be Continue..

5 comments:

  1. eh,,
    anta mohalla mana?
    abg rudy,,ustaz nazli..
    ni sume karkun tempat ana ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. boleh sy tau mcm mana nk contact ustaz nazli tak..? Mohon bantuan..

      Delete
  2. Ana marhalah selayang..sri astana apartment..sebuah apartment baru di kawasan taman selayang..anta org genting permai ker??

    ReplyDelete
  3. x..mohalla masjid ligamas..
    tp jiran ngan genting permai..
    kenal diorang ni..maklumla 1 halkah..
    btw,,ana jarang kat btg kali..
    byk masa di kuis..
    tempat belaja sekarang..
    azam kluar ya sheikh??

    ReplyDelete
  4. ustaz nazeli. contact la aku 0193367094

    ReplyDelete