Sunday, July 12, 2009

Laporan (Karkuzari) Ijtimak Malaysia 2009

Assalamualaikum

Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)

Firman Allah SWT :"Sesungguhnya orang-orang yang ber Iman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah bertambahlah Iman mereka karenanya dan kepada Rabb lah mereka bertawakal(Qs. Al Anfal : 2)"

Sabda Rasulullah SAW :"Seandainya dunia ini berharga disisi Allah SWT daripada sebelah sayap-sayap nyamuk , niscaya Dia tidak akan memberi minum setitis air pun kepada orang kafir (Hr. at Tirmidzi)"

View dari medan Ijtimak Malaysia 9-12 Julai 2009



















Sedikit laporan di hari suasana ijtimak Malaysia 2009.

Dari jemaah tashkil angka tidak rasmi jemaah yg dapat dibentuk untuk keluar jalan Allah selepas ijtimak adalah 200 jemaah dan keseluruhan jemaah 4 bulan dan 40 hari yang dibentuk sebelum dan selepas ijtimak adalah 800 jemaah..
Tak banyak info yg aku dpt coz byk masa aku habis untuk khidmat taam pada Ijtimak Malaysia kali ni.

Semoga para da'ei yg ikhlas berkorban dalam urusan agama yg sudah ataupun yg sedang keluar mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

"Sepagi sepetang berada di jln Allah adalah lebih dari dunia dan seisinya".

Orang kenamaan yang turut hadir dalam perhimpunan (ijtimak) Malaysia 2009 adalah seperti :

-Yang Di Pertuan Negeri Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir

-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

-Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhayidin Yasin

-Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan

-Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

-Mufti Negeri Sembilan Dato' Haji Murtadza Bin Hj Ahmad

-Datuk Seri Anwar Ibrahim

-Datuk Dr.Hassan Ali

-Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid

Setinggi penghargaan juga buat :

-Kerajaan Malaysia

-Kerajaan Negeri Sembilan

-Majlis Perbandaran Negeri Sembilan

-AJK Tertinggi Masjid Kuaters KLIA

-PDRM

-Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan
-Alam Flora

-SYABAS

-Jabatan Bomba Daerah Nilai

-Dan semua penduduk Kuaters KLIA serta semua agensi yg terlibat.

Semoga Allah s.w.t. merahmati semua.

"Org yg dicintai Allah ialah yg diberi kefahaman agama.Org yg faham agama, dia gunakan dunianya utk akhiratnya.Org yg tak faham agama, dia musnahkan akhiratnya untuk dunia. Hati kita ini medan peperangan usaha Rasul dan usaha iblis, tak akn habisnya peperangan ini sehingga kita mati. Kalau kita leka musuh iblis akan tembak kita. Lagi bahaya kalau kita tak tau adanya peperangan itu"

"Usaha iblis menyesatkan anak adam, usaha Rasul menyelamatkan anak adam.Dua2 usaha takde gaji.Iblis usaha kerana sangat bencinya pada kita, Rasul usaha kerana sgt sayangnya pd kita.Jadi jgnlah harap gaji atau ganjaran dunia bila kita buat usaha Nabi kerana ia akan jadikan kita lebih teruk dari syaitan laknatullah alaih. Usaha agama asasnya 2, ikhlas dan taat tertib usul.Ikhlas utk sukakan Allah walaupun dikeji atau dipuji"

Semoga Allah merahmati semua..

Aku sibuk kat sini lerr..











Berjumpa lagi di ijtimak yg tak tahu lagi bila akan diadakan..Adakah tahun depan?,2,3 tahun lagi?10 tahun lagi?20 tahun lagi?


Wallahualam..

12 comments:

  1. aku peraih betui tak dapat duduk bayan utk org khidmat.

    kena tangguh sebab kerja dunia.

    sgt2 peraih.

    Allah tak pilih sebab kerja main2.

    ReplyDelete
  2. berani ang amik gambaq naa?

    aku nak amik gambaq bukan main segan.

    muallim marah tak pasal2 kang.

    he he.

    ReplyDelete
  3. kami pada malam itu merancang untuk mencari tuan Azhar Jaafar tapi tatau pulak nombor tepon.

    jadi pi pekena teh tarik rasa sabun sahajalah jawabnya.

    kami di khemah khidmat ta'am

    ReplyDelete
  4. aku di khitta 6...
    x dpt nak dok bayan...
    bayan utk khidmat pun x kesempatan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    smoga asbab khidmat ta'am tuan..hidayah tersebar seluruh alam...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam utk tuan punya blogger...

    Alhamdulillah....
    Mcm baru kahwin...nampak mcm ringan je (dapat isteri) tapi hakikatnya ambil t/jwb yg besar. (Jgn takut kahwin, krn x dapat laksanakan t/jwb)....
    T/jwb yg besar...jemaah khidmat ta'am...sempurnakan hajat ramai jemaah..."

    Tahniah utk korang....

    ReplyDelete
  9. `Ajib`..Subhanallah..

    ReplyDelete
  10. Kata nak jumpa malam markas 2 mgu lepas.

    ???

    ReplyDelete
  11. Tahniah kerana berjaya anjurkan Ijtimak dengan teratur. Pemerhati seperti ana ini pun terasa teruja dengan cara pengendaliannya.

    ReplyDelete