


Final Karkuzari (laporan) jemaah yang keluar sebelum dan selepas Ijtimak Malaysia 2009
Alhamdulillah, syukur pada Allah, ijtimak kita telah berlangsung dengan baik. Semoga segala penat lelah kita diterima Allah.
Secara keseluruhan, karkuzari dari jitimak lebih kurang macam ni(kalau salah, tolong betulkan aku);
4 bulan negara jauh – 6 jmh
4 bulan negara jiran – 1 jmh
4 bulan jln kaki – 1 jmh
4 bulan IPB – 27 jmh
4 bulan dlm negeri – 7 jmh
2 bulan n jauh – 1 jmh
2 bulan jln kaki – 4 jmh
2 bulan dlm negeri – 6 jmh
40 hari negara jiran – 15 jmh
40 hari dlm negeri – 157 jmh
Jumlah keluar selepas ijtimak - 229 jmh
Jemaah keluar sebelum ijtimak – 953 jmh
Jemaah luar negara – 93 jmh (40 negara)
Maulana Saad ada menghubungi syura Malaysia dan menyampaikan salamnya pada kita. Dia menyatakan kegembiraannya dan tak pernah rasa gembira macam ni sebelumnya. Semasa bayan Maghrib, beliau rasa dadanya telah dibuka dengan luas dan dapat ilham yang begitu baik dari Allah.
Hj Abd Wahab apabila ditanya apa perasaan beliau selepas ijtimak? Beliau tanya berapa jemaah yang keluar sebelum & selepas ijtimak? Selepas diberitahu jumlah jemaah yang keluar, beliau kata “buhud acha..”
-Pejabat agama, polis, bomba dan petugas2 lain mengucapkan tahniah untuk ijtimak. Ijtimak dapat dibuat dengan aman dan teratur.
-3 orang telah disyaki H1N1 tetapi didapati negatif dan dibenarkan keluar dari hospital.
Jemaah2 luar negara juga dapat dilayan dengan baik. Makan minum meraka dapat diatur sesempurna mungkin.
Di mana2 pun kita pergi, orang akan memperkatakan tentang ijtimak. Sekurang2nya di dalam hati setiap orang Islam akan wujud rasa kepentingan usaha dakwah ini. Kalau kita ambik peluang untuk usaha ke atas mereka, maka satu revolusi akan berlaku di dalam umat ini.
Jadi sekarang bukanlah masanya untuk kita berehat!
Orang yang beri azam untuk keluar selepas ijtimak tetapi tak dapat keluar, perlu usuli mereka.
Jumpa setiap orang, dalam setiap rumah, dalam setiap kampung. Sediakan mereka untuk keluar secara tunai.

Nusrah setiap jemaah yang datang. Gilir2kan orang untuk bersama jemaah supaya ahli jemaah gembira yang juga akan menggembirakan Allah.
Bangun malam untuk tahajud dan doa hidayat.
Mengenai kes H1N1 dari beribu jemaah foreign yang hadir hanya 3 kes yang di kenal pasti.Selepas melalui ujian saringan ianya di dapati negatif..Syukur Alhamdulillah kerana Allah s.w.t. telah memudahkan hamba2Nya yang niatnya semata-mata mencari rahmat dan keredhaan Allah..
sumber http//:www.gotabligh.com
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment