Friday, July 24, 2009

Tahskil Untuk Kerja Pembersihan Tapak Ijtimak 2009


Ijtimak Malaysia 2009 usai sudah. Carian internet menggunakan kata kunci ijtimak, ijtimak malaysia dan ijtimak 2009 di enjin carian utama memberikan hasil carian mukasurat 1-2 yang semuanya menceritakan perihal ijtimak malaysia 2009 yang berlangsung di kuarters klia nilai pada 10-2 julai yang lalu.Alhamdulillah segalanya telah berlalu dengan baik sekali. Segala hikmah dan iktibar kini menjadi sebahagian hasil ijtimak tersebut. Pasti menjadi satu kenangan yang cukup indah buat mereka yang telah lama menanti detik-detik tersebut.

Setelah 27 tahun ia berlalu dan entah berapa tahun lagi ia akan kembali.Ijtimak Malaysia 2009 berlangsung dalam keadaan yang cukup sederhana. Tanya sahaja sesiapa yang menghadiri ijtimak tersebut. Kalau ada yang luar biasa, mungkin satu dua perkara berkaitan jumlah kehadiran, organisasi dan pengurusan ijtimak. Selainnya penuh dengan kesderhanaan. Sesuailah dengan kehendak agama agar sentiasa bersederhana dalam apa jua perkara.

Saya berada di medan ijtimak selama 5 hari bermula dari 8 Julai sehingga hari akhirnya kerana berkhidmat dalam Syukbah Kebersihan. Satu cabang dari khidmat yang telah diputuskan sepanjang khidmat. Walaupun syukbah kebersihan telah cuba sedaya upaya untuk mengawal dan memantau kebersihan, tetapi sesiapa pun tidak menjangka kehadiran ijtimak malaysia 2009 mencecah 70,000 - 80,000 pada hari biasa dan 200,000 pada hari akhirnya. Keadaan ini menyebabkan penghasilan sampah berlaku secara banyak dan tidak terkawal. Walaupun Syukbah Kebersihan dengan kapasiti kurang lebih 150 orang tidak terdaya lagi, namun masyaAllah hati mulia ramai orang yang menyertai ijtimak, membuatkan saya secara peribadi sangat tersentuh.

Walau tidak ramai, tapi segelintir yang memahami dan mengerti akan makna kebersihan membuatkan saya meyakini akan kekuatan usaha dakwah ini. Saya berasa yakin dan pasti hanya mereka yang benar2 hadir ke ijtimak dengan maksud untuk memenuhi kehendak agama dapat mengikuti arahan2 dan panduan yang diberikan oleh petugas2 ijtimak.Agama ialah dalam diri sendiriAgama dan amalannya adalah dalam diri sendiri. Orang yang memahami agama, tidak menyusahkan orang lain malah berusaha sedaya upaya membantu meringankan beban saudara2nya. Walau tidak semua, tapi sebahagian yang mampu untuk mengamalkannya menyebabkan rahmat dan hidayah pasti turun mencurah2 selepas ijtimak. Yang buruk kita sembunyikan yang baik disebarkan.

PengorbananAsas agama ialah pengorbanan. Ketiadaan air pada waktu kemuncak ijtimak (hari 2-3) mengajar kita erti kesusahan dan kepayahan serta ketaatan. Inilah medan ujian terbaik buat semua dianatra kita untuk memahami kehendak usaha atas agama. Kalau ujian sekecil ini pun sudah kita keluh kesahkan, apatah lagi ujian Allah yang sentiasa ada dihadapan kita. Nafsu tidak mampu ditundukkan kalau kita sentiasa meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan agama. Ketaatan menyebabkan Allah redha dan suka pada semua amal baik yang kita kerjakan. Amal baik yang kita kerjakan tetapi tidak dalam ketaatan, menyebabkan Allah mengembalikan urusan kita kepada orang yang kita telah susahkan.

Kewujudan gerai yang tidak direncana berhadapan khemah2, bukan sahaja disertai oleh mereka yang tidak faham, tetapi dimeriahkan lagi oleh mereka yang konon2nya berusaha atas agama. Kenapa mensia2kan peluang ijtimak yang kunjugannya pada waktu akan dtg tidak lagi diketahui tarikhnya??? Tepuk dada tanyalah iman....Teruskan berusaha,Ini adalah sebahagian kecil dari nusrah Allah taala. Janganlah kita terkesan dengan segala perhiasan yang telah berlaku sepanjang ijtimak. Teruskan berusaha dalam keadaan rendah diri, tawadhu dan ikhlas untuk keredhaan Allah. Tanah yang telah digembur kini perlu dibaja dan ditanam semaiannya. Janganlah kita terlaka melihat kesuburan tanah, sehingga kita lupa untuk berusaha untuk menanam benih dan akan datang menuai hasilnya. Gembirakanlah Allah dan bukan manusia......

Lapangkan diri masa dan harta terus menerus untuk agama Allah.Sehingga ketemu lagi,Ijtimak Malaysia 2009 melabuhkan tirainya dengan doa penutup yang sentiasa meruntun hati mereka yang memahaminya. Keimanan, pengabdian, urusan kehidupan dan akhlak berteraskan syariat Allah dan Rasul saw yang dianjurkan oleh para ulama menjadi bekalan buat kita memperuntukkan masa, diri dan harta seadilnya buat agama Allah dan usaha keatasnya. Inilah yang kita telah ikrarkan,Agar Allah merahmati dan mengampuni kita..

ps: Rajin2kanlah diri menjenguk tapak ijtimak yang telah kita tinggalkan. Bantulah mereka yang masih bertungkus lumus mengemas dan mengembalikan keadaan tanah lapang kuarters klia seperti 10 bulan yang dahulu. Kita datang dengan baik dan kita tinggalkan dengan lebih baik lagi.


P/S aku pulak : Takde nak byk citer tashkil terus nih..Semua karkun terutamanya diri aku sendiri sila bawa2 korbankan diri,harta dan masa bila-bila jer ke tapak medan ijtimak utk urusan kerja kebersihan.Wei,kita dah guna tempat org kena la kemas balik..Kang kalu ade org fitnah kerja agama ni,fitnah kat korang yg bernama qarqun@pendakwah tabligh ni kang korang dan aku sama2 marah.

Oleh itu marilah kita sama2 bagi masa ke tapak ijtimak,sama2 lagi utk kerah keringat bg kerja pembersihan ni pulak..Tanah dah di gembur,baja tinggal nak maitain,so ape lagi?
Kerja pembersihan ni bukan takat nak sukakan Allah akan tetapi dpt menutup sebahagian drpd fitnah2 luar..Sok2 nak buat ijtimak lagi,takde la dgr komplen penduduk setempat pasal ijtimak ni..

Silap2 haribulan seluruh 100% penduduk Kuaters KLIA Allah pilih keluar jalan Allah kerana terkesan dgn perjalanan kerja dakwah ni..Ameenn..


Ya Allah aku azam..Pilih la aku utk khidmat lagi..

Friday, July 17, 2009

Final Karkuzari (Laporan) Jemaah Khuruj Sempena Ijtimak 2009


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]





Assalamualaikum..

Final Karkuzari (laporan) jemaah yang keluar sebelum dan selepas Ijtimak Malaysia 2009

Alhamdulillah, syukur pada Allah, ijtimak kita telah berlangsung dengan baik. Semoga segala penat lelah kita diterima Allah.
Secara keseluruhan, karkuzari dari jitimak lebih kurang macam ni(kalau salah, tolong betulkan aku);

Kehadiran berdaftar 80,000 orang tempatan & 7,200 orang dari negara luar.(aku rasa orang yang datang tak berdaftar 30% – 50% lagi)

Jemaah keluar selepas ijtimak;

Ulama keluar 1 tahun – 4 jmh
4 bulan negara jauh – 6 jmh
4 bulan negara jiran – 1 jmh
4 bulan jln kaki – 1 jmh
4 bulan IPB – 27 jmh
4 bulan dlm negeri – 7 jmh
2 bulan n jauh – 1 jmh
2 bulan jln kaki – 4 jmh
2 bulan dlm negeri – 6 jmh
40 hari negara jiran – 15 jmh
40 hari dlm negeri – 157 jmh
Jumlah keluar selepas ijtimak - 229 jmh
Jemaah keluar sebelum ijtimak – 953 jmh
Jemaah luar negara – 93 jmh (40 negara)

Elders2 kita begitu gembira dengan ijtimak kita ni. Gembiranya mereka, mudah2an sebagai tanda gembiranya Allah kepada kita.
Maulana Saad ada menghubungi syura Malaysia dan menyampaikan salamnya pada kita. Dia menyatakan kegembiraannya dan tak pernah rasa gembira macam ni sebelumnya. Semasa bayan Maghrib, beliau rasa dadanya telah dibuka dengan luas dan dapat ilham yang begitu baik dari Allah.

Maulana Zubir melalui prof. Abr Rahman juga mengucapkan salam pada kita.
Hj Abd Wahab apabila ditanya apa perasaan beliau selepas ijtimak? Beliau tanya berapa jemaah yang keluar sebelum & selepas ijtimak? Selepas diberitahu jumlah jemaah yang keluar, beliau kata “buhud acha..”


-Penerimaan VIP (raja, PM, TPM, MB dsb) begitu baik sekali & harap ijtimak seperti ni dapat dibuat lagi.
-Pejabat agama, polis, bomba dan petugas2 lain mengucapkan tahniah untuk ijtimak. Ijtimak dapat dibuat dengan aman dan teratur.
-3 orang telah disyaki H1N1 tetapi didapati negatif dan dibenarkan keluar dari hospital.
Jemaah2 luar negara juga dapat dilayan dengan baik. Makan minum meraka dapat diatur sesempurna mungkin.

Usaha selepas ijtimak

Usaha ijtimak terbahagi kepada 3 iaitu sebelum, semasa dan selepas ijtimak.


-Usaha selepas ijtimak sangat penting kerana hujan rahmat telah turun semasa ijtimak. Seperti tanah yang baru ditimpa hujan, sangat subur dan perlu diusahakan segera sebelum tanah menjadi keras.
Di mana2 pun kita pergi, orang akan memperkatakan tentang ijtimak. Sekurang2nya di dalam hati setiap orang Islam akan wujud rasa kepentingan usaha dakwah ini. Kalau kita ambik peluang untuk usaha ke atas mereka, maka satu revolusi akan berlaku di dalam umat ini.
Jadi sekarang bukanlah masanya untuk kita berehat!

-Usaha yang perlu dibuat selepas ijtimak;
Orang yang beri azam untuk keluar selepas ijtimak tetapi tak dapat keluar, perlu usuli mereka.
Jumpa setiap orang, dalam setiap rumah, dalam setiap kampung. Sediakan mereka untuk keluar secara tunai.


Hidupkan masjid 24 jam dengan amalan masjid Nabi. Juga hidupkan amalan2 di dalam setiap rumah orang Islam.
Nusrah setiap jemaah yang datang. Gilir2kan orang untuk bersama jemaah supaya ahli jemaah gembira yang juga akan menggembirakan Allah.
Bangun malam untuk tahajud dan doa hidayat.


Mengenai kes H1N1 dari beribu jemaah foreign yang hadir hanya 3 kes yang di kenal pasti.Selepas melalui ujian saringan ianya di dapati negatif..Syukur Alhamdulillah kerana Allah s.w.t. telah memudahkan hamba2Nya yang niatnya semata-mata mencari rahmat dan keredhaan Allah..

sumber http//:www.gotabligh.com

Wallahualam..

Sunday, July 12, 2009

Laporan (Karkuzari) Ijtimak Malaysia 2009

Assalamualaikum

Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)

Firman Allah SWT :"Sesungguhnya orang-orang yang ber Iman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah bertambahlah Iman mereka karenanya dan kepada Rabb lah mereka bertawakal(Qs. Al Anfal : 2)"

Sabda Rasulullah SAW :"Seandainya dunia ini berharga disisi Allah SWT daripada sebelah sayap-sayap nyamuk , niscaya Dia tidak akan memberi minum setitis air pun kepada orang kafir (Hr. at Tirmidzi)"

View dari medan Ijtimak Malaysia 9-12 Julai 2009



















Sedikit laporan di hari suasana ijtimak Malaysia 2009.

Dari jemaah tashkil angka tidak rasmi jemaah yg dapat dibentuk untuk keluar jalan Allah selepas ijtimak adalah 200 jemaah dan keseluruhan jemaah 4 bulan dan 40 hari yang dibentuk sebelum dan selepas ijtimak adalah 800 jemaah..
Tak banyak info yg aku dpt coz byk masa aku habis untuk khidmat taam pada Ijtimak Malaysia kali ni.

Semoga para da'ei yg ikhlas berkorban dalam urusan agama yg sudah ataupun yg sedang keluar mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

"Sepagi sepetang berada di jln Allah adalah lebih dari dunia dan seisinya".

Orang kenamaan yang turut hadir dalam perhimpunan (ijtimak) Malaysia 2009 adalah seperti :

-Yang Di Pertuan Negeri Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir

-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

-Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhayidin Yasin

-Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan

-Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

-Mufti Negeri Sembilan Dato' Haji Murtadza Bin Hj Ahmad

-Datuk Seri Anwar Ibrahim

-Datuk Dr.Hassan Ali

-Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid

Setinggi penghargaan juga buat :

-Kerajaan Malaysia

-Kerajaan Negeri Sembilan

-Majlis Perbandaran Negeri Sembilan

-AJK Tertinggi Masjid Kuaters KLIA

-PDRM

-Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan
-Alam Flora

-SYABAS

-Jabatan Bomba Daerah Nilai

-Dan semua penduduk Kuaters KLIA serta semua agensi yg terlibat.

Semoga Allah s.w.t. merahmati semua.

"Org yg dicintai Allah ialah yg diberi kefahaman agama.Org yg faham agama, dia gunakan dunianya utk akhiratnya.Org yg tak faham agama, dia musnahkan akhiratnya untuk dunia. Hati kita ini medan peperangan usaha Rasul dan usaha iblis, tak akn habisnya peperangan ini sehingga kita mati. Kalau kita leka musuh iblis akan tembak kita. Lagi bahaya kalau kita tak tau adanya peperangan itu"

"Usaha iblis menyesatkan anak adam, usaha Rasul menyelamatkan anak adam.Dua2 usaha takde gaji.Iblis usaha kerana sangat bencinya pada kita, Rasul usaha kerana sgt sayangnya pd kita.Jadi jgnlah harap gaji atau ganjaran dunia bila kita buat usaha Nabi kerana ia akan jadikan kita lebih teruk dari syaitan laknatullah alaih. Usaha agama asasnya 2, ikhlas dan taat tertib usul.Ikhlas utk sukakan Allah walaupun dikeji atau dipuji"

Semoga Allah merahmati semua..

Aku sibuk kat sini lerr..











Berjumpa lagi di ijtimak yg tak tahu lagi bila akan diadakan..Adakah tahun depan?,2,3 tahun lagi?10 tahun lagi?20 tahun lagi?


Wallahualam..

Wednesday, July 8, 2009

Esok Ijtimak Kawannn!!!


Assalamualaikum..

Esok ijtimak Malaysia akan bermula..Moga2 ramai lagi umat manusia di Malaysia ni khususnya serta amnya di seluruh dunia Allah s.w.t. pilih untuk di hantar ke serata dunia agar menjadi asbab hidayat seluruh alam..

Moga ijtimak kali ni Allah zahirkan dgn menyatukan hati kita,
Allah campakkan kasih sayang antara kita,
Allah eratkan hubungan kita,
Allah jauhkan sangka buruk antara kita,
Allah tambahkan lagi iman dan amal kita,
Dan segala kebaikkan Allah kurniakan kpd kita..

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :
"Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Oleh itu wahai saudara seagama ku,dari kisah Nabi ini marilah kita renung,fikir dan usaha bagaimana pentingnya kita perlu menyatukan hati umat ini..

Allah nak lihat usaha kita,Allah nak lihat susah payah kita,Allah nak lihat pengorbanan kita,Allah nak lihat sejauh mana pengharapan dan pergantungan kita kepada Dia.
Kemudian barulah la Allah akan hantar nusrahNya sebagaimana yg berlaku dlm kisah Nabi2 terdahulu,sebagaimana yg berlaku kpd para sahabat..Ia hanya akan kembali menjadi realiti bila mana Allah sahaja yg ada dlm hati kita.Keyakinan yang bulat 100% menyatakan bahawa hanya Allah la yg maha berkuasa,maha memberi manafaat dan mudharat..

Ya Allah betulkan diri aku,akhlaq aku,iman yakin aku,agama aku dan jadikan aku hamba yg mentaati segala suruhanMu..


Doa Maulana Saad


Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami

Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami

Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami

Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami

Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami

Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu

Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah

Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat

Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah

Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu

Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini

Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama

Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat

Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah.

Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya

Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw

Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat

Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami

Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami

Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami

Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini

Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat

Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat

Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil

Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil

Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil

Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq

Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting

Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .

Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.

Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu

Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.

Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )

Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu

Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa

Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat

Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini

Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )

Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu

Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu

Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.

Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit

Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat

Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami

Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami


Ameeen Ya Rabbal Alameeen

Wednesday, July 1, 2009

Kepentingan Menutup Aib Saudara Seagama


Assalamualaikum..

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya." (HR Muslim)

1. lebih baik untuk menjaga aib saudara sendiri, daripada membukanya.

2. bila mana teman anda mempunyai kekurangan, hal yang lebih utama dilakukan adalah bicara empat mata, bukan membicarakannya dengan orang lain.

3. diperlukan kebijaksanaan dan usaha agar kita tidak membicarakan kekurangan dan aib pribadi orang lain di hadapan khalayak.

4. orang akan lebih mudah menerima nasihat, bila nasihat itu diberikan dengan cara yang baik.

MENCARI KEKURANGAN DAN AIB ORANG AIN

Diantara sifat seseorang yang paling buruk adalah suka mencari-cari kekurangan orang lain, merasa gembira jika ada orang lain terlanjur melakukan sesuatu yang tidak baik dan mengumpulkan kesalahan-kesalahan orang lain.Permusuhan dengan orang lain membuat hidup seseorang menjadi keruh, tidak tenang dan keimanan serta keagamaannyapun terganggu.

Cuba anda perhatikan, orang yang selalu sibuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain, maka biasanya ia mempunyai sensitiviti kritikan dan perasaan merasa puas yang luar biasa jika melihat orang yang dibencinya terkena suatu musibah. Sehingga seolah-olah seluruh kelenjar yang ada di dalam tubuhnya dipenuhi dengan racun yang membuatnya belum dapat lega dan tenang kecuali jika ia telah mengeluarkan seluruh racun tersebut.

Yang harus anda lakukan adalah tekad untuk berkarya, membangun dan memberi kemanfaatan kepada orang lain. Tinggalkan kritikan-kritikan yang tidak membina dan jangan sibukkan diri anda dengan kekurangan dan aib orang lain. Karena lalat tidak akan hinggap kecuali pada luka yang membusuk. Setiap orang memerlukan kawan yang selalu dapat saling do’a mendo’akan antara sesama.

Yang harus anda perhatikan adalah diri anda sendiri,periksa dan carilah kekurangan dan aib yang ada pada diri anda, tuduh dan hukumlah diri anda sendiri, sehingga hal ini dapat membuat anda tidak punya waktu lagi untuk memeriksa dan mencai kekurangan orang lain. Akan tetapi sebagian orang bahkan mengaibkan dirinya sendiri, bahkan ia puji, ia agap suci, dan ia selalu membelanya mati-maian, padahal dirinya tersebut dipenuhi dengan aib dan kekurangan.
Untuk balasan yang sesuai dengan perbuatannya, maka Allah s.w.t. mentakdirkan mengutus orang yang akan menyingkap keburukan-keburukan orang seperti ini, yang akan menyebarkan aib dan kekurangannya serta yang akan menyangkal segala ucapan nya, .

Dan sebaliknya siapa yang menutup aib saudara seagama, maka Allah s.w.t. juga akan menutup aib dirinya. Dan siapa yang melindungi dan menjaga kehormatan orang mukmin, maka Allah s.w.t. akan mentakdirkan seseorang yang juga akan menjaga dan melindungi kehormatan dirinya, sebagai balasan yang setimpal.


Wallahualam..

Lagi Info Ijtimak Malaysia 2009

View dari medan ijtimak..


Ni photo Masjid Kuaters KLIA


Khitta foreign 1


Khitta foreign 2


Khitta foriegn 3


Khitta foreign 4

Khitta foreign 5


Khitta foreign 6

Khitta foreign 7


Khitta foreign 8

Khitta foreign 9



Khitta foreign 10

Khidmat Taam Port!


Assalamualaikum..


IJTIMA UMAT ISLAM SE MALAYSIATEMPAT


Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.

TARIKH : 9-12 hb Julai 2009


ATURCARA ;

Asar, Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9-07-2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak

10-07-2009 – JUMAAT

- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
- 1. Ceramah Umum
- 2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum

11-07-2009 – SABTU

- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- 10.00 pg – 12.30 tgh
- 1. Program Untuk Ulama
- 2. Program untuk Khawas
- 3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Pendek

12–07-2009 - AHAD
- 9.30 pg –Sebelum Zuhur1.

Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah2.
Doa Penutup Ijtimak
- Selepas Asar Nasihat2 untuk jemaah yg berkhidmat semasa ijtimak.
Semoga ijtimak ini byk jemaah dapat di hantar ke seluruh alam agar hidayat terus tersebar..Maka gembira la kekasih Allah Muhammad s.a.w. dan berbangga la baginda bahawa umatnya yg ramai dpt memasuki syurga Allah s.w.t
Ameeeeennn..

Thursday, June 25, 2009

Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq


Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum.
Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah.

Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.

Tahu dan Faham Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".(Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.(Riwayat Bukhari)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada ALLahu..ALlah..Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun".(Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.
Wallahualam..